Nov 9, 2012

Untuk pelangi.

I

Tatkala malam larut, renyai hujan mula berlabuh, ku renung belantara anak mata mu,
cuba mencari aku,

dan aku jumpa kita.

II


Yang menghembus renyai hujan adalah angin.
Yang meniup benih rindu adalah nafas kita yang berjauhan
dan dicelahnya tak ada apa apa,
melainkan dua hati yang berpelukan

jadi satu.

No comments: