Jul 4, 2014

Ada masa aku suka budak budak, ada masa, aku rasa nak makan depa hidup hidup (kalau disahkan halal).

Hari ini bos bawa anak datang tempat kerja, dan macam biasa aku kena hadap dia. Tuhan hantarkan budak itu sebagai dugaan bulan puasa kepada aku.

"Abang, berapa minit lagi?"

Dia tanya soalan ni, setiap 15 saat sejak pukul 6.45 petang. 

Jun 29, 2014

Aku rasa aku nak mula tulis benda pendek pendek dekat sini. Buat entri yang pendek gila babi. Contohnya macam ni.

Sep 7, 2013


Dalam renyai hujan, leher dijerut tali, menghadap sungai, aku rasa macam gadis sunti yang jadi korban untuk tingkatkan hasil tanaman.

Sep 5, 2013

Most things are better left unsaid.

Ada seorang kawan bilang aku sudah bahagia lupakan teman teman, membisu tak seperti dulu. Aku cuma diam, malas mahu bertekak tentang perkara yang sepatutnya dia sendiri tahu tak benar. Dan kata katanya itu buat aku lebih berputus asa dengan relationship 'kawan' yang kita beri bermacam gelaran.

Kebisuan tiba tiba sebenarnya boleh jadi macam macam petanda. Mungkin benar, bahagia atau sebaliknya. Mungkin juga kebisuan adalah nama sebuah almari yang penuh persoalan yang tak terjawab. Kita tarik beberapa persoalan untuk difikirkan bersama.

Persoalan mengapa teman teman yang aku anggap paling rapat boleh berpura pura baik dengan orang tertentu yang tak disukai. Orang tertentu yang ada beberapa perkara mengenai dirinya telah pun kita capai persetujuan harus ditongsampahkan. Beberapa hari yang lalu, aku lihat kalian ketawa bersama. Ya, semua manusia ada sikap hipokrit. Tapi tak semua yang ada sifat setia. Aku rasa dikhianati, tapi sebagai seorang lelaki yang punya kesedaran, aku tahu yang aku tak patut marah, malah tak patut meminta semua orang mengambil sikap aku untuk dibingkaikan pada tubuh masing masing. Persoalan paling besar timbul kemudian - apakah sebenarnya aku juga sedang berdiri dalam kasut orang tertentu tadi dan senyuman teman teman sekeliling juga adalah palsu, atau lakonan untuk apa sahaja kepentingan?

Oh, tak boleh marah.

Sep 3, 2013

In-som-nia. Aku bersungguh sungguh cuba untuk eja pakai bahasa rempit. Cuma dapat ini - yinshomniaw.


Taf Tef ada pesan dulu, kalau insomnia, mulalah bercakap dengan sofa, meja makan, peti ais atau binatang peliharaan di dalam rumah. It helps.



Tipu.

Apr 17, 2013

Semua orang boleh tulis puisi, tapi itu lah. Yang 'itu itu' tu tak ada.


Bersembang dengan seorang teman, akhirnya kami sampai ke satu konklusi; semua orang boleh menulis puisi. Persoalannya, apakah yang membezakan seorang penulis puisi yang benar benar tahu menulis puisi, dengan 'semua orang boleh menulis puisi' tadi?

Ini pendapat aku; yang membezakan seorang penulis puisi yang baik dengan penulis puisi yang biasa adalah seorang penulis puisi yang baik, dia benar benar tahu apa yang ditulisnya, secara teknikal. Semua orang boleh menulis satu puisi, lalu bercerita dari mana datangnya ilham untuk menulis puisi itu, apa simboliknya puisi tersebut dalam hidupnya dan bla bla bla. Tapi tak ramai yang boleh bercerita kenapa dia ulang perkataan perkataan tertentu dalam puisinya, apa rasionalnya aliterasi dan asonansi yang dibuatnya, penyimpangan bahasa jenis mana yang dia guna untuk puisinya, penyimpangan fonologi kah, penyimpangan semantik kah? Kenapa puisi kita tak lari daripada bentuk puisi tradisional? Siapa rujukannya?

atau lebih mudah, kita pakai analogi orang ambil gambar pakai kamera DSLR. Asalkan ada duit, semua orang boleh beli DSLR dan ambil gambar cantik. Tapi berapa ramai yang boleh digelar professional dan apa beza mereka? Knowledge. Professional tahu teknik apa yang mereka patut pakai sesuai dengan waktu waktu tertentu. Begitu juga dengan menulis puisi.

Ada penulis puisi yang aku kenal, menulis puisi yang biasa (bagi aku) tetapi boleh dibaiki dengan sedikit ilmu dan pengalaman. Malangnya beliau sering dipuji teman teman rapatnya sebagai penulis puisi power, ayat best dan sebagainya. Lama kelamaan, puisinya langsung mati. Kerana pujian membunuh kreativiti. Pujian yang diterima, jika tidak disambut dengan hati yang resah, akan hempap dada hang sampai hang rebah.

Apa maksud sambut dengan hati yang resah? Bila orang puji, pastikan ada perasaan "betul ke apa mereka puji aku ni?", "dah cukup baik ke aku?". Pujian biasanya akan lenyapkan semua persoalan ni, dan wujudkan satu keyakinan "Aku ni okay ni, ramai orang suka". Lama lama kita akan tulis puisi syok sendiri.

Itu lah, semua orang boleh tulis puisi, tapi tak ramai yang boleh lahirkan puisi, kata kawan aku konon kononnya deep. Lepas itu kami hirup air dan sambung bersembang hal masa depan. Satu hal yang sebenarnya rahsia dan yang ini memang tak ramai tahu.

Jan 8, 2013

Peti Ais Comel Saya.

Di depan Boboi sekarang ada sebuah peti ais kecil comel setinggi 157 sentimeter dengan senyuman paling manis yang pernah dilemparkan oleh sebuah alatan elektrik sepertinya. Boboi pula terkenyit kenyit membalas senyuman peti ais kecil comel itu. Fikirnya, ini sayang. Fikirnya kali kedua, ini sayang dan kawan kawan akan berkata "Mana boleh bercinta dengan peti ais, cinta tak berbalas rindu tak siapa tahu". Dan Boboi, berfikir kali ketiga, cinta itu syaratnya cuma memerlukan satu hati dan satu objek buat dicintai. Manakala rindu tak perlu siapa siapa tahu melainkan tukang merindu.

Boboi pandang peti ais kecil comel lagi. Boboi bangun dan buka pintu peti ais comel dan dia peluk. Peluk erat erat sampai jantung, usus besar dan kecil serta segala organ dalam tubuh badannya termasuk seketul hati yang daripada tadi berdebar debar macam tunggu keputusan periksa ikut sejuk, selesa. 

Pintu peti ais kecil comel itu - dengan satu gerakan lembut - peluk Boboi sampai dia terjelepuk masuk ke dalam badan empat seginya dan peti ais kecil comel ketawa kecil. Peti ais kecil comel ketawa kecil, comel comel.

Macam ini, hihi hihi hihi.

Dec 30, 2012

Fiksyen kilat; ditulis sebagai contoh bertajuk Seekor beruang di perhentian bas hancurkan hatiku, kau hancurkan lagi.


Awak,

pernah beberapa bulan lalu saya terserempak dengan seekor beruang betina di tempat menunggu bas. Macam mana saya tahu beruang itu betina? Mungkin naluri National Geographic saya yang beritahu saya. Dan sebagai seorang manusia yang dididik rukun negara kesopanan dan kesusilaan saya mengambil keputusan untuk menegurnya sorang sorang ke awak? Boleh saya tumpang duduk?
 

Namun beruang tersebut tidak membalas, sebaliknya terus membisu dan memandang jalan raya yang dipenuh kenderaan melintas laju. Sedang saya, masih berdiri memandang beruang itu yang tiba tiba mengalirkan air mata sebelum ianya hilang di sebalik bulu bulu di muka. Lalu saya menghulurkan tisu, dia cuba mengambil dan zas, tangan saya putus terpotong oleh kuku tajamnya. Kemudian saya hulurkan tangan sebelah lagi dan zas, tangan itu juga jatuh bergolek ke lantai tempat menunggu bas. Lalu saya hulurkan dengan kaki, zas, kaki sebelah lagi, zas dan akhirnya dengan mulut, zas.

Dalam samar samar hampir pitam, bas pun sampai dan saya lihat beruang tadi meloncat loncat masuk ke dalam bas sebelum berlalu pergi tanpa ucapan bye bye mahupun tata. Tinggal saya, terbaring sendirian di lantai perhentian bas dengan tubuh dan hati yang robek, mengenangkan beruang yang terus gembira tanpa memandang saya di belakang.

Dec 29, 2012

Buat sang Paranoid.


Mujur lah aku masih belum tulis apa apa tentang kau dan harap harap tak akan. Kerana mungkin pada suatu hari yang tenang, sewaktu fikiran aku sempurna kewarasannya, keputusan aku itu akan aku kesali sesungguh sungguhnya. 

Manusia/binatang seperti kau, atau apa pun hal hal yang berkaitan, sepatutnya tidak layak mendapat perhatian.

Oh ini aku tujukan untuk kawan imaginasi bernama Paranoid, siapa siapa selain Paranoid yang terasa dengan kata kata ini, dia anjing.

Dec 4, 2012

Marah



Gesekan daun daun pokok di luar tingkap yang bergabung dengan suara angin cengeng bikin malam jadi makin rakus dengan bau tanah basah dilencuni rahmat Tuhan ku yang juga Tuhan mu tapi tindakan di sana lain yang amat dengan aku si teman bodoh yang berdiri di sini mengharapkan husnuzon ku dibalas hikmah  yang menyenangkan sebaliknya terselak luas jendela buruk wajah mu memaparkan segala kejelikan tindak tanduk mulut selebar tempayan dan tangan sepanjang pucuk anggur yang tumbuh menggamit segala rekayasa cerita cerita dongeng yang dapat difikirkan demi untuk memuatkan punggung mu dalam celah celah rakyat negeri baru kau pindah lalu ketahui lah aku seorang teman yang dahulunya bodoh memikirkan yang baik baik buat mu kini sudah lelah berkelakuan begitu dan terima lah caci maki aku buat bekalan hati busuk mu,

babi

babi

babi

babi

babi

babi

babi

liar seperti mu tak mungkin dikawal dengan kenangan kasih sayang sesiapapun maka celaka lah kamu, celaka lah kamu, celaka lah kamu wahai si tanggang sebuah persahabatan.