Mar 9, 2011

Masuk bakul, angkat sendiri.

"as i grow older, my basket get bigger" - Dr. D


waktu dalam kelas critical thinking, berbincang mengenai "masuk bakul angkat sendiri". Aku tertarik dengan kata kata Dr D. Aku terfikir bila kita dewasa, kita akan mementingkan maruah diri, ego dan martabat diri. Dan kita akan lebih senang mengangkat 'bakul' kita sendiri berbanding dengan 'bakul' orang lain.

tapi bakul aku berlubang lubang di sekeliling. Lubang kecil sebagai ruang untuk orang membaiki kesalahan kesalahan diri aku. Lubang kecil sebagai ruang untuk orang mengenali diri aku. Lubang kecil sebagai ruang untuk aku bernafas.

aku tak nak jadi orang yang terlalu angkuh sehingga tidak mampu untuk menerima teguran orang dan aku tak nak jadi orang yang terlalu bongkak sehingga menunjukkan kebodohan dirinya sendiri. Aku cuma nak jadi aku yang diredhai Tuhan, yang disenangi orang dan yang membawa manfaat kepada orang orang sekeliling aku. Aku cuma nak jadi itu.

Selamat mengangkat bakul masing masing. :)

4 comments:

Amiey White said...

maksud mendalam zoul :)

jadilah orang yang tidak sombong and terima kekurangan diri sendiri. yeah !!!

tetibe~

Zoul said...

yeahhh..betul tu. 10 markah untuk amiey!

Saya Nina Syakira said...

jgn na jd sombong sgt la bukan dpt apa pon kn zoul kan heee

Zoul said...

betul nina..10 markah juga untuk nina..haha