Sep 3, 2011

Catatan Bosan #2

Duduk seorang diri di food court Kinta city. Kosong. Tak ada benda nak dibuat jadi aku menulis. Aku tulis orang orang yang aku nampak lintas depan mata. 

Amoi cina pakai skirt pendek dengan peha putih. Lelaki separuh umur dengan rambut sedikit beruban membawa beg plastik Reject Shop. Sepasang kekasih muda berpegangan tangan, makwe tersebut kelihatan kekok berjalan seolah olah pertama kali memakai kasut tumit tinggi. Amoi peha putih tadi lintas sekali lagi. Dan ada seorang lelaki muda dengan rambut cacak sedang mengorek hidung dengan tangan kanan. Muka lelaki korek hidung ni macam pernah nampak.

Aku pandang lelaki korek hidung, lelaki korek hidung pandang aku. Lelaki korek hidung angkat kening sikit, aku angkat tangan sikit. Lelaki korek hidung datang dekat, senyum dan panggil nama aku sambil hulur tangan nak salam. Aku pandang tangan lelaki korek hidung lepas tu aku fikir. Aku cuma ada 3 saat untuk berfikir samada hendak salam tangan lelaki korek hidung atau pura pura angkat telefon jawab panggilan member. Lelaki korek hidung pandang tangan dia lepas tu tengok muka aku.

Aku dan lelaki korek hidung sama sama bersalaman guna tangan kiri.

8 comments:

Raihana Izzati said...

ini jewish ._.







ana kalau boring ddk berzikir sorang2.tak perasan surrounding.kusyuk sangat.

Zoul Yazix said...

k.

Sab Buenoo said...

farkyew

lavender harum wangi said...

mohon reveal identiti lelaki korek hidung. sungguh rare.

Amiey White said...

camtaek

Zoul said...

kah kah kah. korek korek.

marina anakcikbob said...

tipu.

ISHA IDIAZ said...

Ewwwww...