Sep 8, 2011

Superperut

Salah satu peristiwa-wajib-jadi ketika aku berjalan dalam mall di musim perayaan adalah fenomena budak budak datang langgar perut. Aku pun tak faham budak budak ni jenis berjalan tak pandang depan. Lepas tu tiba tiba "bum!" langgar perut aku yang menyerupai airbag dan buat mata terkebil kebil. 

bila cerita dekat ibu tentang perut aku yang power ini. Dia pandang mata aku dalam dalam dan cakap 

"sebenarnya ibu dah rahsiakan sesuatu daripada Along. Setiap keturunan Tok Abu akan dilahirkan dengan super power yang tersendiri. In your case, Along dilahirkan dengan kuasa superperut"

Ibu aku memang jenis bergurau pakai muka serius macam ni. Jadahnya tiba tiba keluarga aku dah rupa cerita tv No Ordinary Family ni. Lepas tu aku saja saja la tanya,

"Ibu dapat superpower apa?"

"Superalone" jawab ibu serius.

"Superalone?"

"Ya Superalone. Kuasa untuk buat semua benda seorang diri. Basuh pinggan sorang sorang, sidai kain sorang sorang, kemas rumah sorang sorang, masak sorang sorang. Banyak juga lah benda ibu buat sorang sorang" 

Waktu tu aku dah ke dapur dah buat buat isi balang kuih.

7 comments:

nasyrun said...

hahh
airbag ke belon udara panas tu zoul

Raihana Izzati said...

kah kah kah.
jadah ape family kau ni semua lawak2 ke-.-

perempuan said...

Your mom did a very good sarcasm.

..yu.. said...

haha..td aku g arau ngn parents aku,teringat nak g bom umah kau,msti tak jadi apa2 kan..

ISHA IDIAZ said...

Your mom is SUPER AWESOME. (^_^)

Hakeem Yusof said...

hahaha .

greek goddess said...

ibu yang baik...