Feb 26, 2012

Demo diserang obor obor.


Bawa teh o panas dan muffin coklat ke depan tv, tengok satu drama melayu. Drama mengisahkan sekumpulan obor obor yang sedang berbincang di sebuah kedai kopi. Entah macam mana perbincangan tersebut berakhir dengan keputusan untuk menceroboh satu demonstrasi yang memprotes pembinaan sebuah kilang yang dikatakan mencemarkan alam sekitar. Mereka pergi ke demo tersebut, melaungkan kata kata yang tidak bermakna lalu memukul spesies spesies lain yang kelihatan jauh lebih cerdik daripada sekumpulan obor obor ini.

Bosan, lalu aku tukar tengok rancangan dokumentari obor obor. Tahukah anda kebanyakkan obor obor tdak mempunyai otak? tanya suara latar dokumentari tersebut. Dengan semangat seperti seorang kanak kanak yang sedang menonton Dora The Explorer, aku terus membentak; 

Saya tahu! Saya tahu!

3 comments:

Dark Half said...

kesian demo diserang obor2..kih kih
walaupun obor2 tak berotak, jgn dihina obor2 itu. sekian

ghost writer said...

ada obor-obor yang mampu membunuh dengan hanya berapa saat sahaja.

obor-obor yang menyerang demo memerlukan masa yang lebih lama untuk memusnahkannya.

EZAN IDMA said...

hahaha ok obor2 juga mangsa