Jun 2, 2012

Harap kakak kakak ini baik baik sahaja.

Mar tak ada rasa macam tak lengkap. Selalunya kalau ada apa apa acara yang aku pergi, Mar mesti ada sekali. Tambah tambah waktu aku tak ada motor dulu, Mar lah yang bawa aku naik kereta ke sini ke sana hadiri bermacam macam acara. Tak ada Mar, sunyi. Sebab tak ada orang aku nak bahan. Harap kau okay saja bikin umrah di sana Mar.

Qiez pula, makin bahagia. Makin rajin sengih sorang sorang. Bagus untuk masyarakat dunia. Bayangkan Qiez mengamuk dan seluruh dunia mengalami kemurungan, hari hari yang berlalu pun suram ditekan perasaan takut pada kegarangan beliau. Tapi bila gembira dan sentiasa tersenyum, bagai si matahari teletubbies yang terbit di sebalik bukit buatan sentiasa ada untuk ceria bersama.

Amiey, dia macam balang kaca lutsinar yang dipenuhi biskut oreo. Tapi bila buka tudung kita dapat lihat biskut biskut dalam tu hancur, terutama sekali yang duduk terperosok paling dalam. Orang yang paling sabar dalam dunia pun, punya garisan penamat untuk kesabarannya. Aku cuma ikut arus, kalau dia senyum aku ikut, kalau dia murung aku pinjamkan senyuman untuknya. 

Ah manis sungguh aku tulis post untuk mereka ini, tapi tak semanis jasa mereka pada aku. Yang hari hari aku kenang, dan hari hari aku syukuri. 

Tuhan, jagalah kakak kakak ini.

5 comments:

APi said...

kenmain sweet kau ni Zozo.. =]

H Y D E said...

amin.

~* chirpy_chummy *~ said...

*mata aku berkaca*

terharu giler beb.

tsk tsk tsk.

semoga Allah menjaga kamu juga adik kepala besar.. amin. (:

amiey said...

lama tak tulis guna kaki ni...ingat zoul kutuk..hihi kamu antara kawan yang terbaik yang pernah saya kenal...terima kasih dan saya sayang kakak 2 orang ni juga

EZAN IDMA said...

diorg baik :')