Hujan rintik rintik dan dia ajak berlari lari anak masuk bawah kanopi gerai burger berhampiran. Aku pegang tangannya dan cakap tak perlu sayang, hujan sekejap saja. Lagipun kalau basah, biarlah. Kita basah bersama.
Dia keluarkan sapu tangan daripada poket dan letak di atas rambut panjang tebalnya. Aku tak tahu mana yang lebih menggiurkan, wajah comel dia dengan pipi gebu bersama sapu tangan atas kepala ataupun burger keju dengan kesan gigitan di tangannya. Awak nak sikit? Dia tanya. Aku kata nak sikit apa? Pipi atau burger keju?
Hei, burger keju lah. Dia ketawa kecil dan kata aku nakal suka bergurau. Dia tak tahu, aku tak pernah bergurau bila melibatkan hal makanan dan keinginan untuk kucup pipi gebunya itu. Kemudian dia buka mulut dan mula bercerita mengenai kucing hitamnya yang sering pulang lewat malam dengan kesan gincu di pinggul, beg tangan LV miliknya yang sudah perlu ditukar baru, dan betapa dia ingin terus meluangkan masa bersama aku di sini - atas bukit dengan pemandangan luas kesibukan kota Kuala Lumpur.
Waktu itu lah dia cakap yang kalau aku tak teman dia di situ selama mana yang dia mahu, dia akan tinggalkan aku. Aku cakap okay. Kami duduk di situ selama 3 hari, dan di malam keempat tiba tiba aku rasa mahu buang air kecil.
Aku pandang matanya dalam dalam, ah tak mungkin aku tinggalkan gadis ini walau sekejap sekalipun! Kemudian perlahan lahan aku buka zip, dan biarkan urin yang telah lama bertakung mengalir keluar menuruni Bukit Ampang sambil mendengar cerita ceritanya. Kali ini mengenai kekurangan dan kesempurnaan. Katanya kita, manusia, setiap satu mempunyai kekurangan. Tapi tidak semua yang mahu mengakui kekurangan tersebut, mendukungnya sebagai sebahagian daripada diri sendiri, malah sibuk mencari kesempurnaan dalam diri orang lain. Aku mengangguk setuju.

Tanpa aku sedari, Kuala Lumpur yang kami sedang tatap dilanda banjir urin. Kereta kereta dilihat terapung bersama sama sebilangan kecil anjing, penduduk kota yang terdiri daripada cyborg, klon, dan orang homeless, serta bekas kekasih aku yang selingkuh. Melihat situasi itu dia langsung menutup mulutnya dengan tangan, matanya berair dan berlari meninggalkan aku keseorangan di situ.
Aku pun menjerit. Hei! Mana pergi janji janji kita tadi, tentang akan tetap bersama di sini, bertoleransi menerima kekurangan dan tidak rakus mengejar kesempurnaan?
Dia dah jauh dan aku cuma mampu duduk di situ memandang pemandangan Kuala Lumpur banjir urin.
Add caption |
No comments:
Post a Comment