Jul 31, 2012

Selamat 21 tahun dengan poket penuh soalan berbanding jawapan.


Sebenarnya yang dikatakan kawan itu bermacam macam.

Ada kawan tipu, datang seorang. Ada kawan datang, tak beritahu. Ada kawan belanja, 60 cucuk sate daging dan ayam. Ada kawan beri hadiah, dua kotak pewangi. Ada kawan baru jadi kawan, mesra. Ada kawan ambil gambar, ada cantik ada seksi. Ada kawan kecil, bikin ketawa setiap masa. Ada kawan masih mahu lepak bersama, walaupun sekejap. Ada kawan sudah lewat, tapi tetap datang. Ada kawan, sepet. Ada kawan tak dapat datang, hantar mesej ucapan selamat. Ada kawan, kakak - usap belakang buat aku tenang. Ada kawan, kakak - sentiasa ada dengan aku. Ada kawan, kakak - bikin red velvet. 

Kadangkala aku bertanya pada diri sendiri yang setiap waktu terasa disedut dan ditelan sunyi ini. Bagaimana aku boleh memiliki kawan kawan yang begini, yang begitu taat pada persahabatan lagi bersemangat, turun ke Ipoh untuk bergembira bersama dalam ruang kehidupan yang asing lagi absurd ini sampai semuanya terasa cocok. Hei diri sendiri, selamat 21 tahun dengan poket penuh soalan berbanding jawapan.

Apa pun, terima kasih, kawan!


6 comments:

APi said...

Selamat Zozo selamat!

fi said...

Hahaha.. Pak Cik Zoul tua

Fadhlan Roslan said...

selamat selamat selamat selamat.

AYIE said...

selamat2.

Unknown said...

Bertuah nya jadi seorang zoulyazix! Selamat ulang tahun :)

zoul yazix said...

Selamat semuanya!