Dec 22, 2010

Venus: (planet cinta)

di planet ini semua perkara dilakukan atas nama cinta. Bersetubuh untuk cinta, berhibur untuk cinta, dan berpasangan demi cinta. Sebuah planet dimana cintanya bukan palsu, bukan ciptaan. Kebahagiaan disana, seolah olah syurga sebelum barzakh.

Apollo, seorang lelaki tampan tanpa janggut pula, mempunyai cinta berbeza, dengan anak panah di tangan, tidak berbeza dengan norma lelaki lelaki lain di planet Venus, melawan arus demi cinta. Cinta seorang lelaki seperti Apollo, hanya untuk lelaki tahu erti mencintai. Apollo gay lah senang cerita.

Hiakhintos, teman lelaki Apollo, juga seorang lelaki yang tampan, seorang atletis dengan badan yang tegap. Tapi malangnya, ketika bersama sama bermain lempar cakera, Hiakhintos mati tercedera. Apollo gila punya menyesal. Mana dia nak cari lelaki gay dalam Venus. Kebanyakkannya semua lelaki sejati, yang dahagakan perempuan cantik seperti Aphrodite. Jadi dia rakamkan dirinya sebagai seorang gay. Menceritakan segala galanya. Tentang kebenciannya pada dunia Venus yang tidak mempedulikan cinta agung lelaki untuk lelaki. Mencerca agama yang memperjuangkan cinta hakiki.

tapi sayang. Tak ada seorang pun warga Venus yang membuka mata. Yang memberi telinga kepada Apollo. Yang memberi ruang kepada Apollo. Sedangkan Apollo seorang lelaki yang memerlukan bantuan. Lelaki kurang sihat pada seksualitinya. Lelaki yang perlukan cinta agama. Yang memerlukan bimbingan tentang adanya Tuhan. Sebaliknya, Apollo dicerca. Dihina. Ditempelak sebagai pengkhianat agama. Sedangkan manusia mana yang tidak pernah terlupa atau tercicir Tuhan. Mereka perlukan bantuan.

dan mungkin, Apollo pada saat kematiannya nanti akan melihat kebenaran, kerana pada waktu hidupnya, kebenaran itu tidak dicuba untuk disampaikan kepadanya. Kebenaran itu tidak pernah dikembalikan kepadanya. Kita tidak boleh menghukum, tetapi kita boleh membimbing. Buka mata atau pejam kan sahaja selama lamanya.

4 comments:

lavender harum wangi said...

wahahahaha.. sesuka ati je ko eksploitasi venus.. bijak bijak.. nice plot. :D

erk,, video cegampang! saya gay, saya okay. kepala hotak dia~ wahahahaha.. sesengal ubi..

zoul yazix said...

hahaha... aku gila kot semalam tengok video nie dengan baca komen komen dalam video tu. Benda masalah sorang individu yang terpesong, so just bawa lah dia ke pangkal jalan, ini tak, maki, cerca apa semua. Nabi pun dulu kena hina dekat Taif boleh bersabar, kita pula nak melatah lebih lebih. Aku doakan saudara Azwan nie dapat berubah dan kembali ke pangkal jalan. Tuhan sayangkan kita.

lavender harum wangi said...

orang kita memang macam tu.. entah bila nak berubah, haha.. :D aminn~ semoga doa kau di makbulkan tuhan.. and semoga encik azwan ni bertemu dengan hidayah tuhan.. :D

lavender harum wangi said...

cik epal pun ada buat post pasal ni.. mcm2 komen negatif lagi, kesian encik azwan..