Feb 14, 2011

Ini bukan cerita hantu.

tadi waktu aku pergi tandas nak kencing, aku terserempak dengan seekor tikus yang telah mati. Terserempak adalah satu perkataan yang aku pilih untuk menghormati pertemuan kami yang tak dijangka ini.

Tikus itu mati dengan mata terbuka. Hitam bersinar. Aku dapat rasa yang tikus itu menyaksikan sesuatu yang paling menakutkan dalam hidup beliau. Aku tak dapat teka apa. Dan sampai sekarang aku tak boleh tidur sebab fikir apa yang tikus tu nampak di saat saat terakhir hidup beliau.

sama sama kita fikirkan.

4 comments:

Amiey White said...

hahahaha zoul , rasa2 apa dia tengok =.=",
lebih3 kat tandas , patut tanya apa dia bau hahahaha

diariejal said...

sama-sama kita renung-renungkan.... :-)

hakeem kira said...

mungkin hantu kak limah

hilmi said...

Hahaha...korang nie macam macam. aku syak tikus tu nampak 'kakak' eli mandi berkemban.