Mar 30, 2011

Cerita stress saya.


Fon rosak, assignment berlambak, otak jadi stress. Tahukah anda hypertensi boleh menyebabkan kematian? terjun daripada tingkat atas KB Mall misalnya. Dan saat ini manusia manusia normal seperti orang lain akan mencari lubang lubang kecil untuk melepaskan stress. Lubang kecil mereka biasanya makwe. Lubang kecil aku adalah pada stress aku sendiri. Layan stress sendiri sampai lalok dan tidur kemudian bangun dengan perasaan stress yang sama. Aku tak normal, aku stress. Dan orang yang aku harap paling memahami aku pun stress. Stress disebabkan aku yang stress. Aku stress memikirkan tentang macam mana nak handle stress aku dan stress makwe. Aku tukar mode jadi orang matang, aku fikir. Lebih baik aku handle stress study untuk exam dulu, dan stress makwe menyusul. Sebabnya kalau aku tak lepas exam, aku stress dan buat semua orang stress, termasuk makwe.

walaupun aku stress, aku sayang makwe aku. ah nak menjiwang pun stress juga.

2 comments:

meLLy! said...

aku stress nak komen ape. takut ko makin stress. maaf zoul andai kehadiran ini membuat ko btambah stress

hilmi said...

tahniah. aku makin stress. =.='