Mar 15, 2011

its okay. don't cry. just say "farkyew" and smile..

tadi waktu tengah buat essay, tiba tiba kawan aku membuat statement paling kesian dalam hidup dia.

"aku rasa orang orang dalam kelas ni tak suka aku. Semua orang tak suka aku."

aku tak tahu kenapa tapi aku macam tak peduli pun keluhan beliau. Aku syak yang aku terlalu fokus dalam kelas. Tapi aku terfikir, macam mana kita boleh tahu yang semua orang tak suka kita. Semua. Sekali lagi, semua.

Kalau semua orang tak suka kita apa masalahnya? Perlu ke kita hidup dengan menjadi kegemaran semua orang. Perlu ke kita hidup dengan mendengar cakap cakap orang? Perlu ke kita hidup memuaskan hati semua orang, dan hati sendiri diseksa sampai mati.

dan kita nie perlu ke cakap cakap belakang? perlu ke bisik bisik kutuk orang dan bila ditegur katanya mengkritik instead of mengutuk bukan satu dosa. Berterus terang adalah jalan paling selamat. Tapi nak buat macam mana kan? Manusia ini memang ditakdirkan untuk berpura pura, hipokrit itu dah jadi pakaian. Oh aku yang mengatakan orang lain hipokrit pun sebenarnya adalah seorang hipokrit.

berbalik kepada keluhan sahabat aku tadi. Aku rasa dia perlu buat pembedahan muka, pakai muka First Lady of Malaysia, baru lah semua orang suka. Lepas tu boleh buat statement baru,

"Tengok muka saya puas puas, ada muka penipu? tak ada kan...."


2 comments:

Amiey White said...

bagi amiey kadang2 kita patut jd seorang "selfish" menjaga hati orang itu sebenarnya sakit .

xoxoxo nmpk nya kawan kamu x tumpukan pelajaran sebab asik dengan merasakan orang x suka dia ^^v peace

hilmi said...

betul amiey! pentingkan diri sekali sekala dan kena pada tempatnya memang patut.

yang tak patut adalah luah perasaan pada member time nak buat essay.