Mar 16, 2011

Sosej lah, bukan hot dog. So............sej!

tadi waktu balik daripada makan, naik naik tangga dah nampak Baim tengah melepak dekat balkoni. Baim tak pedulikan aku langsung. Dia tengah termenung memandang hot dog dekat lantai. Alhamdullilah, manusia mana lah yang baik hati bagi kucing nie makan. Tapi yang aku peliknya, Baim jeling je hot dog tu. Biar betul kucing nie? Hot dog bai! Mana ada kucing tolak rezeki.

tapi dia masih merenung hot dog tersebut. Aku syak Baim ragu ragu status halal hot dog tersebut. Nama pun hot dog, dalam nama pun ada benda haram. Mungkin itu yang difikirkan Baim. Aku jerit dekat Baim, "sosej Baim sosej!". Dia pandang aku tiga saat dan kemudian kembali merenung hot dog tersebut.

Kesian Baim, aku tak rasa dia bodoh, dia cuma tak ada knowledge. Kan?


6 comments:

Amiey White said...

aku memahami BAIM tu zoul =="

dan memahami zoul bercakap dengan kucing .

lavender harum wangi said...

mungkin Baim tunggu kau suapkan dia?

Shafiza said...

Baim takut dgn anjing panas=hot dog.
Nnt anjing panas tu kejar dia.

meLLy! said...

baim tu comel

NOOR FATIN said...

baim makan hotdog ke sblum ni? kui3

hilmi said...

HAHAHAHA...aku dah jumpa jawapan yang sebenarnya! nanti aku buat post baru..