Hidup mencuba ini sangat seronok. Bahkan terlalu seronok. Kemana aku selepas melalui keseronokan itu adalah satu risiko.
"at this stage of life, u'll have to stretch your mind and your thinking!"- Dr D
dan risiko itu aku ambil. Aku nak cuba sesuatu yang aku rasa dan aku yakin orang tak pernah cuba. Aku nak cuba jadi Asri seperti karya Sufian Abbas, Asri Mula Panik dalam bukunya Kasut Biru Rubina. Cuma bezanya aku akan melakukannya secara manual, bukannya natural. Mungkin bunyinya macam onani tapi aku sendiri yang akan mengeluarkan serangga, krustasia serta haiwan mitos itu. Aku akan keluarkan semua dan menjadi panik semaksima mungkin. Panik yang dirancang dan dinikmati.
dan pada hari, pada waktu dan pada saat yang telah pun aku tentukan sendiri,
aku akan pasti kan semua itu berhenti.
macam dalam hidup Asri.
No comments:
Post a Comment