Kuala Lumpur, 31 Ogos - Rakyat sekali lagi berkumpul di Stadium Merdeka untuk sama sama menyaksikan saat bersejarah Kemerdekaan 2.0, iaitu detik detik Malaysia menjadi sebuah negara rakyat, yang sebelumnya kelihatan seperti negara milik individu atau parti. Laungan "Bersih" yang dilaungkan para demostran dalam sebuah perhimpunan aman 9 Julai 2011 kini telah dijelmakan sebagai satu dasar yang harus didokong oleh setiap warganegara Malaysia, justeru mewujudkan sebuah negara yang bersih daripada korupsi moral yang dahulunya begitu sinonim dengan kepimpinan negara.
Semalam, sekali lagi laungan keramat "Merdeka" yang pernah dilaungkan oleh Bapa Kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman diselang selikan dengan laungan "Bersih" bergema dalam dan luar Stadium Merdeka yang meriah dengan kehadiran ratusan ribu rakyat Malaysia dengan kerjasama pihak PDRM dan FRU bagi membantu mengawal pergerakan acara bersejarah tersebut. Dapat dilihat warna warna keamanan Malaysia melalui masyarakat berbilang kaum yang turut sama bersemangat membawa bendera Jalur Gemilang dengan penuh perasaan bangga dan terharu. Di Masjid Negara, pemimpin negara bersama sama dengan rakyat jelata membuat solat hajat sebagai tanda syukur dan berdoa supaya Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang bersih, aman dan makmur.
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said berkata yang beliau amat berbangga dengan apa yang dilihatnya pada hari ini; rakyat Malaysia yang sejati. Tambah beliau, merdekanya kita hari ini bukan sekadar daripada tangan penjajah semata mata, tapi kita merdeka daripada tangan tangan gila kuasa yang terus menerus menekan rakyat tanpa mempedulikan penderitaan yang dialami golongan bawahan yang rata rata miskin dan tidak berpendidikan tinggi.
Sekali lagi pada tanggal 31 Ogos, Malaysia telah merdeka dan bersih!
6 comments:
ccccoooooooooooooollllll gila..
(-,-)v
2.0!!!
alamak aku punya version 1.0 . tak dapat nak baca la . haha
Stailo!
pabila zoul menulis dengan serius
masa bila aku menulis dengan serius ni nasyrun. tak serius ni, keh keh keh
Post a Comment