Aug 24, 2011

Ramadhan, Agama dan Mafia

"Kadang kadang terfikir, kawan kawan non muslim aku pun tahu menghormati orang yang berpuasa dengan makan sembunyi sembunyi. Kita yang sama sama berpuasa ini pula saling berlumba lumba upload gambar makanan di facebook."

status ini aku letak di facebook bagi menegur rakan rakan yang kelihatannya begitu teruja sekali menyambut fasa awal ramadhan dengan gambar gambar makan yang sengaja diletakkan di facebook.

Ada yang tersalah anggap lalu membalas status aku dengan ejekan sepertinya aku tidak mampu menahan sedikit dugaan daripada gambar makanan. Tak ada telor katanya. Terlalu angkuh agaknya sampai mengaku cuba menduga orang lain walhal dirinya sendiri sedang diduga oleh Tuhan. Masalahnya bukan dugaan atau tidak. Yang aku tonjolkan persoalan, bagaimana non muslim, terutama sekali kawan kawan di sekeliling aku tahu adalah tidak sopan untuk sengaja menduga kesabaran orang islam yang sedang menahan lapar dan dahaga ketika melakukan ibadah dalam bulan Ramadhan. Mereka makan sembunyi sembunyi, tidak ajak aku makan seperti biasa, malah ada juga yang sanggup menunggu untuk makan bersama sama ketika berbuka. Tapi kita sendiri langsung tidak menghargai penghormatan yang diberikan itu, sedangkan kita tidak perlu dihormati sebegitu rupa. Ya, kita tidak berhak.

Kerana Ramadhan bukan lah satu pas khas untuk kita menjadi istimewa dalam celah celah masyarakat berbilang agama ini. Hidup kita tetap sama seperti biasa, cuma ibadat kita dilebihkan untuk mendapatkan tawaran istimewa berupa ganjaran pahala yang berkali ganda. 

Tapi yang aku nampak, segilintir mereka yang berpuasa, tiba tiba rasa sudah berkuasa lalu bertukar menjadi mafia agama. Iklan di tv dikritik, mereka yang berpakaian seksi dikatakan tidak menghormati Ramadhan, Makcik Hajjah Sitt Wuzara diburu, dan orang lain difitnah hanya dengan menggunakan bukti daripada carian google. Nah, katakan pada aku itu satu ibadat paling afhdal dalam Ramadhan?

Ruh Ramadhan itu sendiri sudah cukup mulia tanpa perlu dilindungi oleh mana mana mafia agama yang membabi buta melakukan sesuatu tindakan atas nama agama. Apa pun, aku juga ada melakukan banyak kesilapan sepanjang Ramadhan ini. Mohon diampunkan Tuhan, amin.

2 comments:

Anonymous said...

Yup. Erm, sabar yang dimuluskan.

± said...

well said, zoul