Aug 21, 2011

Selami jiwa, selami hati, selami lautan dalam.

Sepanjang menulis dan membaca penulisan orang lain, aku sedar yang mengenali penulis tersebut akan banyak membantu aku memahami tulisannya.

Amy Tan
Tak, bukan judge penulisannya melalui peribadi penulis, tetapi memahami. Bila kau kenal Edgar Allan Poe kau akan terasa dipandu bila membaca The Tell Tale Heart. Bila kau kenal Amy Tan kau akan faham bagaimana cerita di dalam Two Kinds itu sendiri adalah satu refleksi kehidupannya. Dan benda yang sama juga untuk penulis penulis blog.

ada orang suka membaca tapi tidak mahu mengenali penulisnya kerana risau yang penulis itu tidak seperti yang dibayangkannya. Aku pernah rasa begitu, baca dan admire penulisan beliau, tiba tiba setelah mengenalinya aku rasa ah farkyew. Tak sama langsung dengan apa yang aku bayangkan.


tapi lama lama aku sedar, yang penulis itu juga manusia. Penulis itu juga seperti aku, ada kehidupan peribadinya sendiri dan penulisannya cuma sebentang kanvas berwarna warni. Terpulang sama ada mahu warnakan yang terang atau suram dengan objek objek tersembunyi.

Dan peribadi penulis bukannya bermaksud menjaga tepi kain penulis, tapi maksud aku lebih kepada gaya pemikiran penulis, pengalaman penulis, apa yang dia telah lalui. Sebab itu aku bagi contoh Edgar Allan Poe dan Amy Tan. Aku tak reti nak guna perkataan apa lagi untuk maksud seperti itu. Kalau peribadi yang satu lagi tentunya aku akan bagi contoh Hanis Zalikha ataupun blog Zulkifli Nordin. (kah kah kah)

dan sekali lagi, mengenali penulis akan jadi panduan kepada kau, selok belok tulisannya, hala tuju ceritanya atau mungkin nada sinis dalam tulisannya. Untuk mengenali penulis pula bukannya dengan add facebook semata mata, tapi ada banyak lagi cara. Contohnya membaca apa yang orang lain tulis tentang beliau, biografinya, biodatanya. Atau cara paling mudah baca blog peribadinya.

ya, misalnya macam blog ini.

3 comments:

bujal X said...

abang telah menjadi panduan saya dalam senyap.

*kenyit *kenyit.

Anonymous said...

Ah, saya minat lah sama abam kepala besar ni. (KAH KAH KAH)

-seha

Anonymous said...

Ada penambahan perenggan. Ya, faham.