Jan 18, 2012

[3] Lari sayang, lari.

Tersentak daripada tidur yang panjang lalu aku bangun untuk menulis coretan ini.

"Sayang, tadi aku bermimpi, sewaktu aku sedang berdiri berseorangan di tepi tasik kenangan kita itu, tiba tiba kau datang menghunuskan pisau tajam dari belakang. Aku langsung rebah atas hamparan rumput sebelum kau rangkul kepalaku di riba mu. Ada titis titis air mata yang jatuh ke muka ku. Aku tidak pasti kenapa kau menangis, yang aku tahu aku masih tetap cintakan mu sepenuh hati, lalu aku katakan pada kau yang kita akan bersama selamanya walau mati lantas terjaga daripada mimpi yang menyakitkan itu"

Aku ke dapur mengambil segelas air kosong, dan pulang ke katil untuk menyambung tidurku yang terganggu, bersama sama sebilah pisau tergenggam kemas di tangan kiri.

Lari sayang, lari.

2 comments:

Lucifer said...

Kahkahkah!


Woi buat buku woi.

ghost writer said...

dah lar dia khianat,dia berlakon pulak ek..

sinetron afrika betul lar..