Biasanya pagi pagi hari cuti begini jarang sekali kau bangun mendahului aku ke bilik mandi. Kita akan berpelukan dahulu, merelakan pipi kau untuk aku kucup berulang kali agar hari hari kita bermula dengan ingatan kau milik aku, dan aku milik kau. Tapi sewaktu kau mandi tadi mesej kau aku baca, satu pesanan ringkas daripada lelaki asing tadi pada jam 7.06 minit pagi dengan ajakan mesra mengajak kau bersarapan di sebuah hotel 4 bintang di ibu negara.
Kau keluar dengan hanya bertuala sebelum aku bertanya mahu ke mana? Kau jawab sambil tersenyum, mahu berjogging. Aku bingkas bangun dengan bantal tergenggam erat di tangan, jangan lah jogging. Habis awak nak saya buat apa? Pillow fight dengan awak? Kau ketawa kecil. Bantal di tangan aku angkat paras dada. Aku nak kau lari.
Lari sayang, lari.
No comments:
Post a Comment