Jan 21, 2012

[5] Lari sayang, lari.

Maaf saya tidak pandai berpuisi, itu kata kau bila kau tiba tiba berpaling meninggalkan aku seorang diri di belakang pentas Frinjan tempoh hari. Sedangkan beberapa jam yang lalu kau sudah berjanji, yang kita akan sama sama membacakan rangkap rangkap kasih sayang kita pada khalayak supaya semua orang tahu kita sedang bahagia. Kata kau, ini dunia awak, bukannya saya.

Tapi malam ini, aku terlihat kau coretkan beberapa puisi. Tentang seorang lelaki bukan aku, dengan susun kata yang mendayu-dayu. Aku cuma mahu kau tahu, pena yang aku gunakan untuk berpuisi kini bakal memburu mu.

Lari sayang, lari.

2 comments:

AYIE said...

kesiannya.

ghost said...

aku harap pena yang kau gunakan untuk puisi tuh tidak akan menikam dan langsung membunuhnya.

hati-hati.