May 10, 2012

Perasaan dikepit dinding dinding kosong di kiri kanan depan dan belakang


Perasaan dikepit dinding dinding kosong di kiri kanan depan dan belakang singgah lewat petang tadi dan masih belum mahu pulang. Katanya lama tak jumpa apa cerita? Gembira? Aku diam, kalau dilayan nanti pasti aku jadi menangis. 

Dia tanya lagi mana orang lain?

Aku tengok kiri dan kanan, cuma mampu angkat bahu, sugul. Dia datang tepuk tepuk belakang, katanya sudah sudah, aku ada. Kita boleh duduk lepak bersama lagi mengenangkan nasib malang kau. Lekas lekas aku tepis tangannya.

Aku ada teman lah. Tajam aku memandang tepat ke matanya. Berpeluh peluh menahan sakit kepala yang datang tiba tiba, berpinar.

Satu je aku nak tanya, kata perasaan dikepit dinding dinding kosong di kiri kanan depan dan belakang itu. Kalau ada, mana?

Aku cuma mampu tunduk memandang lantai.

No comments: