May 20, 2012

Solitud (2)


Ketika sedang menonton tivi sendirian di rumah sewa tiba tiba seekor kucing membunyikan loceng rumah sebanyak tiga kali. Ketika loceng pertama dibunyikan dia laungkan nama aku sekuat hati. Loceng kedua pula dibunyikan dia laungkan nama nama penulis penulis fiksyen yang mati menyendiri, Poe, Beckett, Porter, Nordhoff. Dan loceng ketiga pula dia merayu rayu aku bukakan pintu untuknya. Ketika pintu dibuka aku lihat seekor kucing kelabu dengan bulu kembang sedang duduk memandang sayu wajah aku. Katanya dia dihantarkan Tuhan sebagai peneman agar aku tidak rasa keseorangan hidup seorang diri tanpa teman dan tanpa hiburan di bandar terpinggir ini. Aku tunduk memeluk si kelabu itu sambil berkata terima kasih, tapi aku memang suka hidup menyendiri biarpun nampak seperti sangat kasihan. Pantas dia mencelah, katanya ini bukan simpati, tapi ini adalah keperluan kau sendiri. 

Kemudian teman aku aku pulang, melihat aku sedang bersembang dengan si kucing lalu dia menegur aku buat kali pertama Disember ini,

kau gila. 

Siapa yang gila, aku yang bercakap dengan kucing atau teman serumah yang menegur sebulan sekali?



5 comments:

~* chirpy_chummy *~ said...

oh, kiah! rindu...

*ni kiah kan?

zoul yazix said...

Ha ah.

Hilang mana entah. Hidup dengan aku betul betul waktu aku sedih. Waktu aku dah ok terus dia tak ada. Kadang kadang aku ingat dia ni kucing imaginasi aku. kahkahkah

Y said...

Aku ingat kucing google tadi. Kalau ada lagi bolehlah berbesan dengan aku.

zoul yazix said...

Kucing aku betul betul ni. Bela dekat rumah sewa, tidur makan semua dengan aku.

Rain said...

sayalah kiah. kiah propaganda.

nice to meet u. meow