"Ah hebat betul perlawanan pembukaan Euro tadi. Malaysia dan Singapura sama sama power". Kata lelaki tersebut sebelum wajahnya merah padam dibakar renungan hampir kesemua mata yang hadir menyaksikan perlawanan Malaysia VS Singapura tersebut. Suasana jadi sepi, yang kedengaran hanya bunyi tv dan suara seorang makcik yang tersedak roti telur mendengar kata kata lelaki itu. Seorang pakcik tua bangun, memimpin tangan lelaki itu keluar daripada restoran selepas membisikkan beberapa doa penerang hati ke telinganya.
Semua orang dalam restoran menggeleng gelengkan kepala sebagai tanda simpati. Masing masing terus sambung memandang kaca tv dengan mata yang berair, masih sayu melihat perlawanan bola tadi dihakimi seorang pengadil yang organ pembiakannya punya kantung telur berat sebelah.
1 comment:
ngko ke yg dibaca penrang hati tu.. :D
Post a Comment