Jun 12, 2012

Mencari kekuatan sendiri.

Kawan kawan tidak perlu tahu yang aku mendoakannya. Orang juga tidak perlu nampak yang aku mendoakan kawan kawan. Dan untuk mereka yang sudah punya kekuatan, rasanya serangkap ayat prihatin bukanlah satu keperluan. Malah kalau benar benar kawan, pasti tahu doa dan harapan itu wujud walaupun tidak kelihatan.

Aku jadi marah bila tak ada sesiapa pun yang memberitahu aku kawan yang aku anggap kakak sedang sakit. Aku tak pasti kenapa aku marah. Lalu aku ceritakan pada A, dikatanya aku PMS. Marah A benda seremeh itu pun mahu berkecil hati. Aku katakan padanya aku marah kerana aku ambil peduli. Akhirnya perbualan kami capai kata sepakat yang aku ini paranoid. Berjauhan dan paranoid.

Mungkin salah kita cuma memikirkan sensitiviti masing masing. Salah aku.

3 comments:

Amiey said...

sayang...jangan risau doa kamu untuk kawan-kawan kita dah sampai. dia makin sihat dan maaf juga sebab amiey baru tahu kakak kita sakit melalui facebook.

jangan sedih , kamu masih penting. sentiasa penting.

Unknown said...

siapakah sakit?

~* chirpy_chummy *~ said...

maaf.


again, maaf.

kesibukan buat aku terlupa.

maaf.