Jul 29, 2012

Perhentian bas.

Aku ini manusia penakut,
hidup di jalan; dibina orang.
jalan sendiri takut mati,
takut ada rompong
takut ada lobang
takut ada bonggol segala.

Semuanya takut,
tapi dalam hati berani berani minta sedikit bahagia.

Seorang makcik tua mencebik muka. Tiga orang anak muda berpakaian sukan memandang aneh dan seorang lelaki separuh usia mengusap janggut. Yang lain mengalihkan pandangan ke arah jalan kemudian ada batuk yang entah milik siapa. Bas buruk medan kidd sampai, masing masing bergegas naik, tertinggal suara hati di bangku menunggu.


Yang ada cuma aku, mengutipnya satu persatu ke dalam kocek seluar. Mungkin bukan cuma aku, tapi kita semua. 

Kita semua penakut.

3 comments:

fadh said...

bila aku cuba luah berani, tiada siapa nak kutip sebab semua penakut. aku terus jadi penakut.

zombie said...

Kadang kadang kita tak nampak ada orang kutip dan kumpul kuatkan suara hati sendiri.

fadh said...

dan bernyawa dalam dunia penakut ni buat kita rasa semua tak kena. sebab tu aku harap ada nyawa sama macam aku. nak cuba luah berani.