Ketika ini aku sedang mabuk setelah menelan beberapa biji ubat yang telah aku tangguh selama beberapa hari.
Sakit sakit fizikal ini tidak perlu difikirkan dalam dalam, samada akan berlalu sendiri ataupun melekat pada tubuh sampai mati. Jumpa doktor, dibekal dengan ubat dan pesanan pesanan tertentu kemudian pulang ke rumah telan setiap satu sampai sembuh atau sampai timbul keperluan untuk ke farmasi. Ataupun dalam situasi di mana Tuhan mahukan kau kembali ke sisi-Nya, tiada siapa boleh halang dan tiada ubat mampu hadang. Sakit fizikal adalah seperti sebuah kereta yang bergerak laju di laluan lintasan pejalan kaki. Kau boleh lintas dengan berhati hati, tidak terburu buru ataupun angkat sebelah sambil melintas, tapi kalau yang maha besar sudah tentukan kau akan dilanggar kereta, tersadung pembahagi jalan atau pitam ketika menyeberang, kau tak akan boleh buat apa apa. Begitu jugalah dengan sakit tubuh badan, aku ambil keputusan untuk melintas jalan itu dengan mengabaikan beberapa tindakan berhati hati seperti menyeberang tanpa memeriksa kehadiran kenderaan di jalan dan aku serahkan segalanya pada Tuhan.
Tuhan beri aku sakit kepala dan sedikit kepayahan bernafas sebagai ingatan.
Tuhan beri aku sakit kepala dan sedikit kepayahan bernafas sebagai ingatan.
Yang sentiasa difikirkan adalah sakit dalam jiwa. Aku pasti semua orang memilikinya dengan masalah yang berbeza beza. Masalah jiwa aku adalah kesakitan yang dirasai kadang kadang merupakan perkara yang terbaik aku nikmati. Kesunyian misalnya. Kau boleh sengsara dalam sunyi dan kau boleh nikmati sunyi. Sunyi memberi kau lebih ruang untuk berfikir
Dilahirkan dalam celah celah masyarakat, aku tidak dapat lari daripada kawalan sosial secara langsung atau tidak langsung seperti bila besar nanti mesti kerja begitu, ada keluarga begini atau pakai kereta itu, beli rumah besar ini. Hidup sendiri dibentuk oleh persepsi orang lain di mata aku adalah penyiksaan. Hidup sendiri harus/mesti/wajib dibentuk oleh kepercayaan dan kepuasan hati sendiri. Apa kalau tidak punya kerja besar kau tidak akan mampu senyum lebar? Apa kalau tidak punya keluarga senang kau bakal tidak bahagia? Walaupun masih belum sampai ke usia di mana aku perlu/sudah mempunyai keduanya aku rasa aku sudah pun menjumpai jawapannya. Bagaimana dengan kehidupan yang sedikit susah tapi bikin kau gembira melakukan perkara perkara yang kau suka tanpa menyusahkan orang lain?
Sakit aku sekarang adalah aku tidak dapat lari daripada berada dibawah satu kuasa total keluarga dan masyarakat sekeliling. Aku tidak berani untuk menghilang diri daripada kelompok kawan kawan sekarang kerana bimbang aku akan putus asa dan terus hidup di hujung telunjuk.
cuma mahu cari ketenangan malam ini, tapi akhirnya sendiri jadi serabut.
No comments:
Post a Comment