"15 cucuk cukup lah kot, aku tak makan banyak"
Muka terpinga pinga.
"Eh serius lah, aku tak makan banyak, tengok cengkung pipi aku sekarang"
"Eh serius lah, aku tak makan banyak, tengok cengkung pipi aku sekarang"
15 cucuk sate ayam sampai di meja, dan hanya habis 11 cucuk sahaja. Mungkin betul dia dah tak makan banyak, atau sebenarnya sate dekat situ tak sedap. Bagi aku tak sesedap yang digembar gemburkan semua orang. Sikit sikit sate kajang, macam daerah lain tak ada jual sate.
Dah lama tak jumpa, seorang di Mesir seorang lagi di terperuk di Malaysia. Bila dah berjumpa, masing masing bertukar cerita. Daripada cerita cerita gosip semasa sampai lah cerita masalah hidup. Aku dah mula rasa dewasa bila jumpa teman lama dan membincangkan perihal nikah kahwin. Misalnya tentang mentaliti orang orang tua yang bilamana sebut mahu berkahwin pasti sudah tumbuh dalam kepala beberapa buah kanopi besar, pelamin dihias indah, tetamu yang ramai serta makanan mahal yang enak enak.
Dan aku pula, punya masalah dengan anggapan orang mengenai hidup yang sukses adalah dengan mempunyai kerjaya hebat, bernikah dan lahirkan anak anak yang pintar. Bagaimana kalau hidup melakukan hal hal yang kita suka dan mungkin orang lain tidak menyukainya ( peduli apa kalau orang lain tidak suka, ini hidup sukses kau ke hidup sukses mereka? ) dan hari hari yang berlalu walaupun tidak seselesa orang lain tapi sekurang kurangnya kita gembira? Tidak kah itu satu hidup yang sukses?
Persoalan itu tenggelam dalam kuah sate.
Suatu ketika dahulu di MRSM, ini A'aa yang tidak cengkung pipinya, banyak makan dan jarang jarang membicarakan soal kehidupan dan pernikahan.
No comments:
Post a Comment