Sementara kepala masih berdenyut, elok lah aku coretkan segera catatan ini yang kalau di penjuru kanan buku nota akan aku letakkan tajuknya sebagai B(abi)eban.
Kebanyakan kita merasa tidak bahagia kerana bertambah beban, sedangkan beban itu antara perkara perkara yang paling indah dalam dunia, kau hanya harus belajar menikmatinya meskipun tak punya waktu.
Sama seperti hidup yang merupakan sekolah tentang cinta dengan kebencian sebagai gurunya, begitu juga dengan beban - mengajar kau tentang cara cara menjalani ujian ujian kurniaan Tuhan dengan cemerlang walaupun di peringkat awal kau telah beberapa kali tersungkur lemah, tapi itu cumalah tanda kecil kau manusia, hamba pada yang Maha Berkuasa.
Tapi awas, yang indah adalah mempunyai beban, bukannya menjadi beban. Menjadi beban bukan rahmat sayang(a)ku, tapi sebenarnya satu petanda yang kau manusia celaka yang tidak berharga. Sebaik baik sahaja kau sedar akan perkara ini maka bergerak keluarlah segera daripada karung guni yang dipikul orang orang sekeliling dan jadi lah manusia baru yang tidak menjadi b(abi)eban!
Meskipun kata orang kebanyakan tiada yang baru di atas dunia tetapi percayalah segala perkara yang telah usang akan menjadi baru ketika kau bangkitkan kembali pada saat yang tepat sehingga kau harus percaya bahawa sebenarnya semuanya baru.
Beban mungkin nampak berat, tapi sayang(a)ku, dia bikin kau kuat!
No comments:
Post a Comment