Oct 21, 2012

Rindu uuu uuu...rindu serindu rindunya aaa.

Petang tadi pensyarah penulisan kreatif aku menuliskan sesuatu di papan putih, sebagai contoh ayat berkias atau indirect. Kami semua mencatitnya dengan tergesa gesa di atas kertas yang mengandungi sajak sajak ringkas seolah olah baris tulisan di papan putih itu akan lari meninggalkan kami disitu.

Tulisnya; rindu itu tidak bertakung. Ia mengalir, cuma tak pernah habis. Lama aku merenung baris perkataan yang ditulisnya itu. Tertanya tanya apakah masih ada rindu dalam hati aku, masihkah ia mengalir? Aku pejamkan mata buat beberapa saat dan ambil sedikit masa mengasingkan diri daripada kelas yang sedang rancak berjalan, cuba untuk mendengar mungkin ada bunyi aliran rindu yang yang tak pernah putus.

Sepi, lalu aku mengambil keputusan untuk menulis satu lagi baris madah, cuma untuk aku hanya pada kau,

Sayang, rindu aku telah lama berhenti mengalir, tetapi ia bertakung dan aku sedang lemas di dalamnya!

1 comment:

ghost writer said...

kita boleh belajar berenang di dalamnya.