Oct 28, 2012

Untuk M.


Untuk seorang teman bernama M.

Jangan buang kata kata yang dilemparkan pada kau kerana tugas kau / aku / orang orang macam kita adalah untuk menerima, hadam, luah dan lempar kembali biarpun siapa yang kena dan merana. Biar mereka pula hadap kata kata kau - rasa sakit dicucuk setiap sabda dan ini bukan balas dendam bahkan ini kasih sayang kau pada orang orang yang tidak layak menerimanya. Kemudian lihatkan pada siapa mereka tuding jari yang membawa tuduhan orang sensitif lagi menjengkelkan, pada kau atau cermin yang membawa sepotong wajah mereka sendiri. Selak hijab yang menutup pintu hati orang orang itu, untuk menerima kau yang tidak berbeza dengan diri mereka sendiri, kecuali sepasang mata yang terbuka.

Biar mereka tahu M, seorang penulis atau penyair, sekecil mana sekalipun mereka - sensitif. Kerana sudah syaratnya menjadi orang yang bermain kata perlu peka. 

No comments: