Apr 17, 2013

Semua orang boleh tulis puisi, tapi itu lah. Yang 'itu itu' tu tak ada.


Bersembang dengan seorang teman, akhirnya kami sampai ke satu konklusi; semua orang boleh menulis puisi. Persoalannya, apakah yang membezakan seorang penulis puisi yang benar benar tahu menulis puisi, dengan 'semua orang boleh menulis puisi' tadi?

Ini pendapat aku; yang membezakan seorang penulis puisi yang baik dengan penulis puisi yang biasa adalah seorang penulis puisi yang baik, dia benar benar tahu apa yang ditulisnya, secara teknikal. Semua orang boleh menulis satu puisi, lalu bercerita dari mana datangnya ilham untuk menulis puisi itu, apa simboliknya puisi tersebut dalam hidupnya dan bla bla bla. Tapi tak ramai yang boleh bercerita kenapa dia ulang perkataan perkataan tertentu dalam puisinya, apa rasionalnya aliterasi dan asonansi yang dibuatnya, penyimpangan bahasa jenis mana yang dia guna untuk puisinya, penyimpangan fonologi kah, penyimpangan semantik kah? Kenapa puisi kita tak lari daripada bentuk puisi tradisional? Siapa rujukannya?

atau lebih mudah, kita pakai analogi orang ambil gambar pakai kamera DSLR. Asalkan ada duit, semua orang boleh beli DSLR dan ambil gambar cantik. Tapi berapa ramai yang boleh digelar professional dan apa beza mereka? Knowledge. Professional tahu teknik apa yang mereka patut pakai sesuai dengan waktu waktu tertentu. Begitu juga dengan menulis puisi.

Ada penulis puisi yang aku kenal, menulis puisi yang biasa (bagi aku) tetapi boleh dibaiki dengan sedikit ilmu dan pengalaman. Malangnya beliau sering dipuji teman teman rapatnya sebagai penulis puisi power, ayat best dan sebagainya. Lama kelamaan, puisinya langsung mati. Kerana pujian membunuh kreativiti. Pujian yang diterima, jika tidak disambut dengan hati yang resah, akan hempap dada hang sampai hang rebah.

Apa maksud sambut dengan hati yang resah? Bila orang puji, pastikan ada perasaan "betul ke apa mereka puji aku ni?", "dah cukup baik ke aku?". Pujian biasanya akan lenyapkan semua persoalan ni, dan wujudkan satu keyakinan "Aku ni okay ni, ramai orang suka". Lama lama kita akan tulis puisi syok sendiri.

Itu lah, semua orang boleh tulis puisi, tapi tak ramai yang boleh lahirkan puisi, kata kawan aku konon kononnya deep. Lepas itu kami hirup air dan sambung bersembang hal masa depan. Satu hal yang sebenarnya rahsia dan yang ini memang tak ramai tahu.

5 comments:

Azhar Ibrahim said...

OK, aku bersara tulis puisi. Gila terasa.

Aku rasa kau patut tegur orang tu. Mana tahu dia masih beriya nak belajar, cuma pujian² tu buat dia terkeluar dari landasan.

Dan aku masih mahu terus belajar.

penyisir rambut said...

tahniah la kepada sesiapa yg berbakat....

Ninaaa said...

Aku cemburu dengan orang yang pandai menulis. Serious

perempuan hs said...

betul sgt! saya pun sedang belajar menulis!

syuhada said...

aku rase semua ade bakat menulis, tngok fyn jamal. dia tulis dari hati, kita kalau buat apa apa tulus dari hati, bnda simple jadi best.

nice entry.;)