Jan 8, 2013

Peti Ais Comel Saya.

Di depan Boboi sekarang ada sebuah peti ais kecil comel setinggi 157 sentimeter dengan senyuman paling manis yang pernah dilemparkan oleh sebuah alatan elektrik sepertinya. Boboi pula terkenyit kenyit membalas senyuman peti ais kecil comel itu. Fikirnya, ini sayang. Fikirnya kali kedua, ini sayang dan kawan kawan akan berkata "Mana boleh bercinta dengan peti ais, cinta tak berbalas rindu tak siapa tahu". Dan Boboi, berfikir kali ketiga, cinta itu syaratnya cuma memerlukan satu hati dan satu objek buat dicintai. Manakala rindu tak perlu siapa siapa tahu melainkan tukang merindu.

Boboi pandang peti ais kecil comel lagi. Boboi bangun dan buka pintu peti ais comel dan dia peluk. Peluk erat erat sampai jantung, usus besar dan kecil serta segala organ dalam tubuh badannya termasuk seketul hati yang daripada tadi berdebar debar macam tunggu keputusan periksa ikut sejuk, selesa. 

Pintu peti ais kecil comel itu - dengan satu gerakan lembut - peluk Boboi sampai dia terjelepuk masuk ke dalam badan empat seginya dan peti ais kecil comel ketawa kecil. Peti ais kecil comel ketawa kecil, comel comel.

Macam ini, hihi hihi hihi.

5 comments:

Anonymous said...

Peti ais kau lagi tinggi daripada aku.

School Of Tots said...

ada ais
dalam peti ais

Anonymous said...

Kirim salam dengan peti ais.

EZAN IDMA said...

hihi hihi hihi

nur emilya said...

Alala comelnya peti ais.
Hihi hihi.