Pernah suatu masa dahulu saya, sekuntum orkid putih bernama Marcelo didatangi seorang lelaki romantis yang ingin melamar seorang gadis yang disukainya. Kata lelaki romantis tersebut, gadis mana yang tidak menyukai bunga, tambah tambah kalau bunga itu sekuntum orkid putih bernama Marcelo. Malangnya bila dilamar, gadis itu berkerut dahi sambil bertanya kenapa Marcelo? Kenapa bukan Julia? ataupun Alyssandra? Giliran lelaki romantis berkerut dahi, dia membalas soalan kenapa dengan nama Marcelo? Apa yang tidak kena? Adakah lamaran ini diterima?
Si gadis geleng kepala. Katanya Marcelo ini nama lelaki. Melamar dengan bunga yang dinamakan sempena nama lelaki tidak romantis. Yang romantis adalah melamar dengan kamera DSLR misalnya. Ataupun dengan cincin yang tersembunyi di celah celah kereta BMW 5 Siri hitam yang tergantung papan tanda "Baru lepas bernikah" pada bumpernya.
Lelaki romantis tersenyum, menyelitkan saya, sekuntum orkid putih bernama Marcelo di telinga gadis itu sebelum berlalu pergi meninggalkan si gadis bersama angan-angannya.
3 comments:
Kalau aku jadi lelaki romantis tu, aku selitkan bunga tahi ayam. Kakaka.
Ah kau Dollah, dasar lelaki tahi.
Baru lah power bagi bunga tahi ayam. Susah nak cari tahu.
Post a Comment