Aku ceritakan pada teman di hadapan tentang satu angan angan ini, memiliki sebuah cafe moden lengkap dengan perpustakaan dan ruang rehat bersama sama beberapa buah bean bag empuk sambil mendengar lagu wajib main dalam cafe - Misty ciptaan Errol Garner yang mendapat inspirasi setelah melihat pelangi di luar jendela pesawat yang buram oleh embun. Syurga! Semua orang akan pernah ada angan angan ini; sekurang kurangnya selepas ke Gravy Baby tempohari. Dia langsung ikut gembira membayangkan angan angan tentang mesyuarat ringkas bersama beberapa orang kliennya nanti di situ. Kemudian kami senyap dengan masing masing mengalihkan anak mata ke tempat lain.
Dalam kepala aku timbul epifani yang membina angan angan sememangnya mudah, merealisasikannya payah. Sambung kunyah nata de coco aku fikir halangan nombor satu yang menjadi musuh semua orang dalam dunia - duit. Halangan nombor dua, kepercayaan. Duit boleh diusahakan dan kepercayaan harus diraih.
Sebut tentang kepercayaan terngiang ngiang kata kata teman baik yang menenangkan aku malam lepas, ( terima kasih, tangan kecil kau benar benar menenangkan aku, mengingatkan masih ada teman yang peduli) tentang kadang kadang dunia yang tiba tiba menjadi kejam dan jangan percaya semua orang. Sepanjang jalan aku memikirkan ayat itu, siapa lagi yang aku mahu percaya kalau bukan orang orang sekeliling aku, orang orang yang rapat dengan aku, orang orang kononnya yang berkongsi matlamat yang sama dengan aku. Tapi aku masih berkeras mahu letak kepercayaan. Kerana itu satu satunya benda yang aku ada untuk aku pegang dan bawa ke mana mana, cagar dan ambil risiko.
Soalan yang sampai sekarang masih aku fikir dalam dalam, pada siapa aku harus percaya?
6 comments:
Percayalah pada impian dan matlamat kau, kerana dua perkara itu tidak akan mati selagi kau tidak mematikan mereka, tetapi bukan manusia kerana hakikatnya manusia itu sendiri adalah fana.
Saya mahu contribute letak komik-komik saya di kedai itu!
Teruskan angan-angan kamu. Mana tau satu masa bakal jadi kenyataan :)
Tentang percaya, ya jaga-jaga. Jangan terlalu senang punya rasa percaya pada org. Kadang, orang cuma mau ngambil kesempatan cuma.
Tuhan, percaya Dia tanpa sikit pun rasa ragu.
Mengangguk dan menggeleng dengan nama sama seperti di atas.
Aku fikir mungkin ayatku ini akan jadi cliche. Tapi aku akan terus katakan juga, kerana ia adalah kepercayaan dan keyakinan aku.
Apa gunanya solat istikarah?
Apa kau fikir itu hanya untuk mencari jodoh?
kenapa semua orang pakai anonymous ni.
aku pun nak juga la. Apa pun terima kasih.
Anonymous aku kenal, terima kasih belanja makan/minum! Seronok berbual dengan kau!
Anonymous aku tak kenal, mungkin aku dah buat dan tidak ditakdirkan untuk melihat sebarang petunjuk, siapa tahu?
Apa pun terima kasih bangkitkan semangat aku. Woha!
Post a Comment