Aug 7, 2012

Telinga, hati dan sepasang painkiller.

Telinga, hati dan sepasang painkiller - keperluan yang tak ada di tangan sekarang. Perlukan telinga orang untuk mendengar, hati untuk memahami dan sepasang painkiller untuk denyut denyut kepala yang masih belum hilang sejak senja. Lalu sekarang keputusan untuk menulis ini aku ambil, walaupun sebenarnya ia tak akan mengubah apa apa. Mungkin beri ketenangan sementara atau tambah luka, mana satu aku hanya akan tahu setelah selesai menulis. Kalau ikut hati mahu saja bikin puisi - sama saja tak berguna. Kalaulah puisi itu  benar benar dapat membebaskan kita daripada segala belenggu!

Telinga aku sudah berkali kali aku berikan pada teman, begitu juga hati. Dengan harapan kecil suatu hari nanti pertolongan yang sama boleh diberi pada aku. Tapi saat ini, saat memerlukan telinga dan hati, tiba tiba aku sendiri yang menolak walaupun ada yang sudi dek pegangan aku suatu masa dahulu percaya sebagai pemberi telinga perlu lebih kuat daripada penerima. Jadi mana bisa aku tiba tiba merangkak meminta telinga pada orang yang pernah mendapatnya daripada aku? Ini ego sebenarnya, ego yang tak boleh dielak.

Eh, mari kita jadikan tulisan ini satu tulisan yang tidak serius, supaya teman rapat yang tidak ambil serius sewaktu aku utarakan masalah ini boleh angguk angguk kepala, dan katakan "Mana mungkin orang yang sentiasa bikin ketawa punya masalah!"

Telinga ini, senang cari!


3 comments:

Amiey White said...

kalau tak okay lagi lepas gigit2 telinga tu...lepas raya kita jumpa k geng?

Unknown said...

Saya ada dua telinga. Awak nak satu?

zoul yazix said...

Amiey, okay!

Ezan, saya nak dua.