"Ada babi kira peluh sendiri sebagai emas, lihat peluh orang tahi. Menoleh ke kiri ke kanan tepis pertanyaan tanpa jawapan. Jumpa pegawai kebajikan lama diangkatnya parang. Kepala yang dahulunya dibelai teman kini menyondol kawan. Ah babi ini menyakitkan, mahu ditakik bimbang berdosa, dibiar hidup membawa bahaya.
Ada babi jenis ini, ada. Sejenis haiwan ada kepala tak ada isi, badan berisi tapi tak berani."
1 comment:
penuh sarka
Post a Comment