Mar 30, 2011

Matangnya seseorang itu bukannya pada umur, tapi pada kelakuannya. Kadang kadang, ada tempat dan masa, kematangan itu perlu dipertontonkan.

kadang kadang aku tak dapat percaya apa yang orang selalu cakap, perempuan biasanya lebih matang daripada lelaki sebaya. Sebabnya aku rasa aku lebih matang, daripada siapa atau berapa umurnya tak perlu dipersoalkan.

Macam terlebih matang sampai aku boleh control bila aku nak jadi matang atau bila aku nak jadi childish. Childish dengan orang orang yang aku selesa. Ada beza childish dengan childlike. Aku suka orang childish kerana sejujurnya orang childish ini ceria. Tetapi childlike aku tak suka. Tak dapat nak bagi sebab yang jelas kenapa.

dan matangnya aku biasanya jelas dalam membuat keputusan yang penting.

misalnya sekarang, habis kelas pukul lima, setelah aku fikir masak masak, aku ambik keputusan untuk tidur.

2 comments:

Saya Nina Syakira said...

aku ni golongan apa weyh ==' childish ke childlike hahahaha

Zoul said...

haha...kau kena masuk kategori children nina..tak cukup umo..